Search This Blog

Monday 23 June 2014

Kembali

Alhamdulillah... dapat kembali menulis setealh hampir setahun tiada post yang baru. Sepanjang tempoh itu pastinya banyak yang berlaku dalam hidup. Biarkan ia berlalu menjadi nostalgia hidup. Ketahuilah hidup ini sementara, tiada yang kekal. Apa yang penting, bersyukur dengan apa yang ada bersabar dengan dugaan kerana itulah kehidupan. Penuh dengan tipu daya, permainan yang kadang kala terjebak ke lembah yang tidak sangkakan. Apa yang dirancang, lain yang mendatang. Semuanya ini dunia. Ada yang disukai tidak kesampaian, yang dibenci datang bertali arus. Sebagai peringatan,

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al Baqarah, 216)

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Al Hadid, 22-23)

Cukuplah sebagai renungan diri buat permulaan setelah lama menyepi

Thursday 15 August 2013

Semak Format - FTSM

Alhamdulillah. detik-detik penantian akhir hampir pasti ku tamatkan prose pengajian ini. Semalam internal telah meluluskan untuk dihantar ke Pejabat Dekan FTSM. Hari ini dijangka boleh ambil. Pagi-pagi tadi  dah daftar di PPS untuk semakan format. In Shaa Allah minggu depan dijangka akan dipanggil. Sikit sahaja lagi untuk sempurnakan. Mudah-mudahan momentom pengajian ini terus kekal.

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Kareem!

Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan Ramadhan. Bulan yang lebih mulia dan penuh rahmat. Bulan yang ada padanya maghfirah, malah yang lebih baik dari 1000 bulan semoga kita dilanjutkan usia untuk menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik. Dari segi gerak kerja pengajian, kini terdapat beberapa lapis urusan pembetulan yang sedang dilakukan. Buat masa ini, tesis dalam semakan Penyelia ke 2 sebelum dihantar ke Penyelia 1 & Internal Examiner. Urusan semakan format di fakulti dan PPS akan menyusul selepas itu. Tak pasti sama ada dapat konvo tahun ini ataupun tidak. Tahniah juga buat sahabatku Rafidah Kastawi yang kini, DR RAFIDAH kerana tealh menamatkan pengajian dengan  keputusan viva pembetulan selama 3 bulan. Mudah-mudahan dikuatkan semangat untuk beliau melengkapi proses. Tidak lama lagi giliran Baiey pulak.
Pada semua, diharapkan kita sama-sama menjadikan Ramadhan kali ini paling bermakna.

Thursday 20 June 2013

Pembetulan...oh..pembetulan

Hari ini hampir genap sebulan aku perlu perbetulkan tesis. Namun cabaran masih banyak. Aku perlu lengkapkan sebelum bulan 7 berakhir. Lebih awal lagi bagus kerana perlukan semakan semula daripada internal. Cabarannya di sini adalah untuk menjawab komen internal yang agak terbuka. Kemudian perlukan tandatangannya. Selepas akan berdepan dengan karenah birokrasi formating. In Shaa Allah akan ku tempohi halangan itu satu persatu dengan tenang. Bukan semua orang yang seangkatan dengan ku telah sampai ke tahap ini. 

Tidak kurang juga sokongan daripada rakan setugas.Ramai yang memberikan galakan, semangat, titipan motivasi...."You are bright star"kata-kata Dr Ramlan Hamzah. "Tumpukan perhatian pada tesis...kerja-kerja ni buat..lebih2 kurang buat masa ni" sokongan dari KJ HEP. Termasuk SUA & Pen SUA. Aku dapat rasakan mereka akan turut gembira dengan kejayaan ini.

Kini aku perlu bahagikan masa sebaiknya. "Ya Allah... bantulah hambamu ini, berikan masa yang manfaat, kekuatan, kesihatan bagi aku menyempurnakan amanah pengajian ini... Mudah-mudahan aku dapat menyumbang kepada insan lain pula..Ameeeeen" 


Sunday 2 June 2013

Pembetulan bermula...

Photo


 Kena Susun Strategi ni:

1. Lihat komen yang di dokumenkan oleh Pemeriksa Dalaman, Luaran & Penyelia
2. Masukkan dalam 1 Jadual
3. Rujuk semakan tesis daripada Penyelia Luar, lipat bahagian yang dikomen
4. Rujuk semakan tesis daripada Penyelia Dalam, lipat bahagian yang di komen... (1 hari untuk 2 tugas ni)
5. Gabungkan komen2 ni dalam jadual tadi
6. Buat secara santai, kurang stress.
7. Sesekali jumpa penyelia untuk koordinat mana2 yang sangsi.
8. Sebelum bulan Julai berakhir harap siap
9. Dalam pada itu, agak2 bosan pergi ke FTSM jumpa, pendaftar check format
10. Lepas tu kena check format dengan PPS.
11. Jumpa pemeriksa dalaman, untuk sahkan pembetulan
12. Internal & Penyelia ....sign, Pendaftar...ok, PPS...kata boleh buat hard cover.... then complete..
13. Jgn lupa hantar gambar dalam eKonvo...di SMPWEB....
14. Harap dapat konvo tahun ini, jangka bulan 11...
15. Mulakan kerja...ketepikan mana2 yang tidak perlu buat seketika... berikan tumpuan...

Saturday 1 June 2013

After Viva

Alhamdulillah...proses viva selamat pada 22/10/13 yang lalu.  Oleh kerana kesibukan tugas, baru kini berpeluang untuk mencatatkan sedikit kenangan dalam blog ini.

Proses viva ini merupakan satu pengalaman manis yang terukir dalam kehidupan. Sepatutnya viva bermula jam 9.30 pg. Oleh kerana external lewat (flight delay) maka proses itu bermula sekitar jam 10.20 pg sebaik sahaja external tiba.

Senarai Jawatan Kuasa Viva:
1.  Prof Dr. Raihan dari Fak. Kejuruteraan sebagai pengerusi,
2. Prof Dr. Baharuddin Aris dari UTM sebagai external,
3. Prof Madya Dr. Jamaiah dari FTSM UKM sebagai internal.
4. Prof Madya Dr Juzaiddin Abd Aziz, sebagai wakil Dekan FTSM,
5. Dr Kamsuriah wakil Ketua Jabatan SOFTAM
6. Prof Madya Dr Yazrina Yahya - Penyelia Utama
7. Prof Madya Dr Muriati Mukhtar - Penyelia Kedua.
8. Pn Mastura - Wakil Pendaftar

Sebaik sahaja dipanggil masuk, sedikit taklimat diberikan dan panel meminta supaya saya memperkenalkan diri dan membentangkan hasil kajian saya dalam tempoh 20 minit. Bermula jam 10.20 & tamat pada jam 10.40 am.

Sesi soal jawab bermula.

Pengerusi : Boleh anda tunjukkan prototype?
Saya : Boleh... lalu saya tunjukkan prototype dengan beberapa fitur yang ada.
Pengerusi : Nak bagi UKM @ nak jual?
Saya: ...mmmmmpjh (sambil ketawa-ketawa tiada idea)
External: Jika  jual saya nak 10%, wakil dekan 5%....(ketawa-ketawa)....biar saya marketkan...

Pengerusi : kita mulakan dengan meniliti tesis...
External & Internal saling mempersoalkan dari Bab ke Bab...saya jawab dengan tenang & sesekali inginkan penjelasan yang sepatut jika terdapat konflik antara internal & external.

Sempat sesekali puji penyelia apabila... External & Internal berminat dengan beberapa cara penulisan & laporan yang disampaikan. Suasana santai...gelak-gelak sepanjang sesi viva.

Pengerusi bunyikan loceng... tanda sesi soal jawab selesai... sekitar 12.20.. Saya diminta keluar sebentar. Selang 5 minit, dipanggil masuk & diumumkan...

Ucapan tahniah dari Pengerusi: lulus dengan pembetulan selama 3 bulan, Jika tak cukup masa boleh pohon lagi 3 bulan.

Mudah-mudah dapat dibaiki segera dan sempat Konvo pada bln 10 ni...

"Ya Allah permudahkan urusanku, semoga segera aku sempurnakan AMANAH ini" Ameen 

Wednesday 15 May 2013

VIVA

Alhamdulillah... halangan terakhir hampir tiba. 16 Mei 2013 sepena hari guru...akau akan mock viva. Mudah mudahn proses ini berlaku dengan baik. In Shaa Allah... viva sebenar pada 22 Mei 2013. Mohon doa dari semua semoga laluan ini dipermudahkan.